Wednesday, 6 February 2013

Hobby: Fishing

Hobi yang telah lama aku tinggalkan. Masih rindukan aktiviti seperti ini pada hujung minggu. Malangnya sekarang lokasi memancing yang sesuai semakin terhad dan sukar untuk di cari. Banyak belukar, semak atau hutan maupun lautan telah ku redah. Demi memenuhi ruang kekosongan minat terhadap aktiviti memancing.

Memang aktiviti yang memenatkan, menelan belanja kos yang agak tinggi dan iainya berbaloi. Fokus dan relaks sambil menunggu habuan menjamah umpan. Insyallah, akan ku cuba mencari ruang masa yang sesuai untuk kembali ke medan hobi ini.

Banyak peralatan aktiviti memancingku hilang, malah kemungkinan joran dan kekili aku sudah rosak atau hilang. Misi hidup dan mati: mencari barang yang hilang.


(location fishing: jalan Pinggiran Desa Putra-Putrajaya)



No comments:

Post a Comment